KATA ALUAN ADMIN BLOG

Selamat datang ke blog Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan, Sabah. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan program-program yang akan dan telah dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan.

Blog ini juga memberi peluang kepada semua pelawat-pelawat blog untuk berkongsi pendapat, idea dan maklumat yang membina kepada kami untuk kebaikan dan kepentingan semua.

Harapan Admin adalah supaya blog ini menjadi saluran terbaik kepada semua belia dalam mendapatkan segala info terkini dan perkembangan program-program anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan. TQ.

Kakitangan Pej.Belia dan Sukan (P) Bhgn Sandakan terpilih mengikuti KLD Tunas Samudera 2008


Berita mengembirakan apabila dua orang daripada kakitangan kita iaitu En. Shariff Ismahafiz (Penggerak Rakan Muda Parlimen Sandakan) dan Cik Sitti Hajar (Penggerak Rakan Muda Parlimen Batu Sapi) telah terpilih dan berpeluang untuk mengikuti KLD Tunas Samudera anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

KLD TUNAS SAMUDERA merupakan satu-satunya kapal layar yang dipunyai oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan biasanya digunakan untuk melatih anggota dan pegawai TLDM bagi memberikan pendedahan kepada ilmu kelautan.

Pengalaman yg ingin di kongsi bersama :
-Dapat melihat pemandangan laut yang cantik/senario matahari terbenam dan terbit.
-Tidur dalam kabin kapal.. "Pusing bah kepala ku..!"
-Makan makanan yang sedap2.. "best oh..!"
-Berkenalan dengan krew2 Kapal.. "mesra2 semuanya tuh.."
-Mencuci kesan air karat dan melakukan kerja-kerja mengecat di bahagian-bahagian kapal.
".....emm.. no komen!"





No comments: