KATA ALUAN ADMIN BLOG

Selamat datang ke blog Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan, Sabah. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan program-program yang akan dan telah dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan.

Blog ini juga memberi peluang kepada semua pelawat-pelawat blog untuk berkongsi pendapat, idea dan maklumat yang membina kepada kami untuk kebaikan dan kepentingan semua.

Harapan Admin adalah supaya blog ini menjadi saluran terbaik kepada semua belia dalam mendapatkan segala info terkini dan perkembangan program-program anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan. TQ.

Kursus Kepimpinan Asas (Belia Belum Berpersatuan) Bahagian Sandakan 2009

Unit Belia, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Asas (Belia Belum Berpersatuan) yang telah diadakan di Hotel Sandakan dan disertai oleh seramai 40 orang peserta sekitar Sandakan, Beluran dan Kinabatangan. Kursus ini bertujuan menggalakkan penyertaan daripada para belia untuk bersama-sama menubuhkan persatuan di kawasan masing-masing.























































Diharapkan para belia yang hadir ke kursus ini akan dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berpersatuan seterusnya menjadi pemangkin kepada matlamat "1 komuniti, 1 persatuan"..