KATA ALUAN ADMIN BLOG

Selamat datang ke blog Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan, Sabah. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan program-program yang akan dan telah dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan.

Blog ini juga memberi peluang kepada semua pelawat-pelawat blog untuk berkongsi pendapat, idea dan maklumat yang membina kepada kami untuk kebaikan dan kepentingan semua.

Harapan Admin adalah supaya blog ini menjadi saluran terbaik kepada semua belia dalam mendapatkan segala info terkini dan perkembangan program-program anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan. TQ.

Kursus Kepimpinan Asas (Belia Berpersatuan) Bahagian Sandakan 2009

Kesinambungan kepada Kursus Kepimpinan Asas (Belia Belum Berpersatuan) yang telah dijalankan sebelum ini, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan telah menganjurkan pula Kursus Kepimpinan Asas (Belia Berpersatuan) Bahagian Sandakan 2009 khusus untuk belia-belia yang telahpun melibatkan diri dengan persatuan.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan input-input berguna kepada golongan belia terutama kepada pemegang jawatan-jawatan uta
ma dalam persatuan mengenai ilmu pengurusan dalam organisasi, cara-cara mendapatkan dana serta kaedah komunikasi berkesan.

Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai latar belakang persatuan telah mengikuti kursus ini dengan jayanya. Kursus yang diadakan di Hotel Sandakan ini dilihat seba
gai pemangkin dalam melahirkan bakal pelapis kepimpinan masa hadapan suatu hari nanti. Ini kerana modul yang diperkenalkan mulai tahun ini banyak menitikberatkan kepada pengurusan organisasi dan komunikasi.





































Diharapkan agar peserta yang mengikuti kursus ini mendapat manfaat yang berguna daripada sesi ceramah, LDK dan juga aktiviti yang dijalankan.

Kursus Kepimpinan Asas (Belia Belum Berpersatuan) Bahagian Sandakan 2009

Unit Belia, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Asas (Belia Belum Berpersatuan) yang telah diadakan di Hotel Sandakan dan disertai oleh seramai 40 orang peserta sekitar Sandakan, Beluran dan Kinabatangan. Kursus ini bertujuan menggalakkan penyertaan daripada para belia untuk bersama-sama menubuhkan persatuan di kawasan masing-masing.























































Diharapkan para belia yang hadir ke kursus ini akan dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berpersatuan seterusnya menjadi pemangkin kepada matlamat "1 komuniti, 1 persatuan"..

Kakitangan Pej.Belia dan Sukan (P) Bhgn Sandakan terpilih mengikuti KLD Tunas Samudera 2008


Berita mengembirakan apabila dua orang daripada kakitangan kita iaitu En. Shariff Ismahafiz (Penggerak Rakan Muda Parlimen Sandakan) dan Cik Sitti Hajar (Penggerak Rakan Muda Parlimen Batu Sapi) telah terpilih dan berpeluang untuk mengikuti KLD Tunas Samudera anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

KLD TUNAS SAMUDERA merupakan satu-satunya kapal layar yang dipunyai oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan biasanya digunakan untuk melatih anggota dan pegawai TLDM bagi memberikan pendedahan kepada ilmu kelautan.

Pengalaman yg ingin di kongsi bersama :
-Dapat melihat pemandangan laut yang cantik/senario matahari terbenam dan terbit.
-Tidur dalam kabin kapal.. "Pusing bah kepala ku..!"
-Makan makanan yang sedap2.. "best oh..!"
-Berkenalan dengan krew2 Kapal.. "mesra2 semuanya tuh.."
-Mencuci kesan air karat dan melakukan kerja-kerja mengecat di bahagian-bahagian kapal.
".....emm.. no komen!"