Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan input-input berguna kepada golongan belia terutama kepada pemegang jawatan-jawatan utama dalam persatuan mengenai ilmu pengurusan dalam organisasi, cara-cara mendapatkan dana serta kaedah komunikasi berkesan.
Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai latar belakang persatuan telah mengikuti kursus ini dengan jayanya. Kursus yang diadakan di Hotel Sandakan ini dilihat sebagai pemangkin dalam melahirkan bakal pelapis kepimpinan masa hadapan suatu hari nanti. Ini kerana modul yang diperkenalkan mulai tahun ini banyak menitikberatkan kepada pengurusan organisasi dan komunikasi.
Diharapkan agar peserta yang mengikuti kursus ini mendapat manfaat yang berguna daripada sesi ceramah, LDK dan juga aktiviti yang dijalankan.
No comments:
Post a Comment